Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 6i Malaysia – Bateri Berkapasiti Tinggi dan Pengecasan Pantas 18W


realme 6i Malaysia – Bateri Berkapasiti Tinggi dan Pengecasan Pantas 18W

realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme 6i akan dilancarkan di Malaysia pada 16 April ini dan pengesahan ini telah disambut baik oleh peminat telefon pintar realme.

Selaras dengan slogan Dare To Leap, realme 6i nampaknya juga telah disahkan akan hadir dengan reka bentuk panel belakang unik yang telah direka oleh Naoto Fukusawa.

Selain penawaran sensor quad-kamera 48MP AI pada realme 6i ini, realme juga telah memfokuskan kepada penawaran bateri yang mempunyai ketahanan yang mampu memenuhi keperluan pengguna.

Bateri 5,000mAh yang Ultra Efisen

Apabila menyebut sahaja kapasiti bateri, realme telah menetapkan penanda aras yang tinggi dalam setiap telefon pintar keluaran syarikat ini dan realme 6i telah disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Jika dibandingkan dengan telefon pintar yang mempunyai tahap harga yang sama, realme 6i hadir dengan kapasiti bateri yang hampir 20% lebih besar.

Dengan bateri 5,000mAh pada realme 6i, pengguna boleh menikmati hampir 20 jam penstriman video di YouTube atau marathon permainan video hampir 12 jam. Jika pelayaran media sosial adalah kegemaran anda, realme 6i menawarkam hampir 20 jam pengunaan aplikasi Instagram.

Pengecasan Pantas 18W melalui slot USB-C

Selain bateri berkapasiti 5,000mAh, realme 6i mungkin merupakan satu-satunya telefon pintar mampu milik untuk hadir dengan sokongan pengecasan pantas 18W dan ianya melalui slot USB-C.

Pengecasan 18W 9V/2A yang disertakan pada realme 6i adalah 2 kali ganda lebih pantas berbanding pengecasan 5V/2A yang biasa disertakan pada telefon pintar ini.

Tidak setakat memberikan sokongan pengecasan pantas 18W ini, realme 6i juga telah menyertakan palam pengecas 18W di dalam kotak pembelian dan ianya tidak perlu dibeli secara berasingan.

CPU MediaTek Helio G80 yang mesra bateri

realme 6i juga hadir ke pasaran dengan cip pemproses MediaTek Helio G80 yang diperbuat daripada cip 12nm yang menawarkan pengunaan kuasa yang rendah.

Cip MediaTek Helio G80 ini hadir dengan 2 teras berkelajuan 2.0GHz selain 6 teras berkelajuan 1.8GHz dan sistem AI akan mengkaji corak pengunaan anda dan meningkatkan tahap kecekapan bateri dari semasa ke semasa.

realme 6i dengan kapasiti bateri luar biasa ini akan hadir ke pasaran Malaysia pada 16 April ini iaitu hanya 3 hari sahaja lagi.

Pastikan anda menonton siaran langsung majlis pelancaran realme 6i di Facebook realme Malaysia pada 16 April ini bermula jam 8.30 malam.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.