realme 6i akan dilancarkan di Malaysia pada 16 April ini – Helio G80 dan Quad-kamera 48MP
realme Malaysia secara rasminya telah mengesahkan realme 6i akan dilancarkan dipasaran tempatan pada 16 April 2020 (8.30 malam) dengan pelancaran secara atas talian berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan sehingga 24 April 2020.
realme 6i adalah satu lagi varian didalam keluarga realme 6 dan menariknya realme 6i ini akan hadir dengan reka bentuk panel belakang oleh Naoto Fukusawa yang merupakan pereka bentuk terkemuka dunia.
realme Malaysia juga telah mengesahkan bahawa realme 6i akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu putih ‘White Milk’ dan Hijau ‘Green Tea’ dengan kemasan matte.
Bercakap mengenai spesfikasi, realme 6i mungkin hadir dengan skrin paparan HD+ minidrop berukuran 6.5-inci, pemproses MediaTek Helio G80, 3 atau 4GB RAM dengan storan dalaman 64GB atau 128GB.
beralih kepada kamera, realme 6i akan hadir dengan tetapan quad-kamera dibahagian belakang iaitu sensor utama 48MP + sensor ultrawide 8MP + sensor makro 2MP dan sensor potret B&W 2MP. Kamera selfie yang disertakan pada realme 6i adalah unit 16MP.
Lebih menarik, realme 6i akan disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C.
Pastikan and menonton majlis pelancaran rasmi realme 6i di laman Facebook realme Malaysia pada 16 April ini yang bermula jam 8.30 malam.