Tips Dan Teknik Penggambilan Gambar di Rumah Sepanjang Tempoh PKP
Tips Dan Teknik Penggambilan Gambar di Rumah Sepanjang Tempoh PKP
Kita telah memasuki minggu ketiga Perintah Kawalan dan Pergerakan (PKP) di Malaysia dan kita boleh lihat dengan lebih jelas tentang wabak Covid-19 ini yang sepatutnya meyakinkan kita untuk kekal mematuhi peraturan PKP ini.
Namun tidak dapat disangkal – kesusahan yang dialami adalah nyata dan kita semua sedang mencuba sehabis baik untuk terus berada di rumah tanpa memenatkan emosi daripada perkara jauh sekali dari rutin harian kita yang lebih banyak dihabiskan dilur rumah.
Dengan trend terkini yang tersebar meluas di media sosial seperti perkongsian “meme”, video TikTok dan resepi memasak, masyarakat kini sedang mencuba untuk mengisi masa lapang mereka sepanjang tempoh PKP ini.
Terdapat segelintir yang tertarik dengan fotografi dan yang mempelajati cara untuk mengambil gambar yang terbaik ketika kita semua berada di rumah,.
Berikut adalah tiga persoalan yang akan terlintas didalam fikiran anda sebelum mengambil gambar dari keselesaan rumah.
bagaimanakah untuk mengambil gambar yang berkualiti tinggi tanpa menggunakan peralatan profesional, set penggambaran dan pencahayaan yang sempurna?
Sebelum kewujudan telefon pintar, kita terpaksa membeli kamera yang mewah dan perisian penyuntingan untuk komputer sebelum meluangkan masa dan tenaga untuk belajar menggunakannya.
Kini, kita hanya perlu berterima kasih kepada peranti mudah alih yang hadir bersama-sama aplikasi penyuntingan sekaligus membolehkan kita mengambil gambar yang berkualiti tinggi dengan mudah dan dapat disunting dengan sekelip mata sahaja.
Besar kemungkinan anda sudah mempunyai telefon pintar dan sudah menggunakan aplikasi kamera. Fokus sekarang hanyalah kepada mempelajari beberapa teknik dan cara untuk mempraktikkannya.
Berikut adalah perkara yang paling mudah yang dapat anda lakukan untuk menambahbaik gambar-gambar yang anda ambil.
1. Semua orang dapat berada dalam satu gambar dengan sensor “wide-angle lens”
“Wide-angle lens” dapat memuatkan sebanyak yang mungkin dalam satu tangkapan, yang juga membawa maksud sekiranya anda sedang mengambil gambar dengan sekumpulan yang besar, anda tidak perlu untuk berundur jauh ke belakang untuk memuatkan kesemuanya dalam satu gambar.
Terutama sekali ketika tempoh ini, sesetengah individu mempunyai ruang yang terhad di dalam rumah mereka untuk mengambil gambar keluarga, jadi anda boleh menggunakan kamera “wide angle”
Kebanyakkan telefon pintar dipasaran hadir dengan lensa widw-angle ini, merasuki telefon pintar siri V mereka iaitu V17 dan akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu Vivo V19, kedua-dua membawa ciri “Super Wide-Angle Camera” yang meluaskan lagi gambar landskap – pilihan terbaik untuk telefon pintar anda yang seterusnya.
2. Menghasilkan gambar yang menawan meskipun anda berada dalam keadaan yang kurang pencahayaan.
Pencahayaan adalah segala-galanya dan hanya pencahayaan yang sempurna dapat menghasilkan fotografi yang menawan selain ketika mengambil swafoto.
Cahaya yang baik dapat meningkatkan keindahan manakala pencahayaan yang kurang baik dapat merosakkan kualiti gambar atau selfie yang diambil.
Maka, pencahayaan yang sesuai adalah menjadi satu kemestian.
Walau bagaimanapun, untuk kebanyakan masyarakat di luar sana, kita mungkin tidak mempunyai ruang bergambar terbaik yang mempunyai pencahayaan yang lengkap di dalam rumah – di sinilah Kamera Mod Malam berfungsi.
Mod malam menggunakan perisian pintar untuk menghasilkan gambar yang lebih jelas dengan warna yang menakjubkan dan terperinci walaupun dalam keadaan kurang pencahayaan.
Penggambaran dalam cahaya yang kurang adalah amat mencabar, namun dengan adanya telefon pintar vivo yang hadir dengan ciri-ciri “Super Night Mode” dan “Super Night Selfie”, anda akan dapat memperbaiki dan meningkatkan fotografi malam secara dramatik.
3. Diinspirasikan oleh AI Pose Master dengan telefon pintar vivo
Kini, anda sudah memiliki sudut yang tepat dan pencahayaan yang betul, tetapi anda tidak mempunyai idea bagaimana untuk bergaya seperti supermodel; atau bosan dengan gaya yang sama untuk setiap swafoto.
Jangan bimbang! Anda boleh mendapatkan inspirasi daripada ciri “Pose Master” yang hadir dengan telefon pintar vivo anda.
Apakah “AI Pose Master”? Ketika menggunakan teknologi AI, ciri aplikasi dalam kamera akan mengenal pasti kedudukan anda, melalui garis bertitik, ia akan menunjukkan gaya yang lebih optimis untuk diikuti.
Ciri ini juga berfungsi dengan pelbagai gambaran begitu juga untuk swafoto atau swafoto berkumpulan yang dapat menjadikan semua lebih bersedia untuk bergambar.
Kami berharap agar tips di atas dapat membantu anda untuk mendapatkan gambar yang lebih sempurna yang diperlukan semasa berada di rumah dengan sumber yang terhad.
Perkara yang paling penting adalah, perhatian terhadap butiran yang diberikan untuk menghasilkan gambar yang sempurna dan kesabaran dalam melaksanakannya.
Jangan terlalu memikirkan hasil yang bakal anda perolehi, namun, jadikan lah ia sebagai suatu aktiviti yang mampu memberi kepuasan kepada anda sepanjang tempoh PKP ini.