Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

U Mobile sumbang 100 unit telefon dengan pelan ‘unlimited’ & RM 1 Juta kepada KKM


Sebagai menawarkan sokongan kepada perjuangan melawak pandemik Covid-19, U Mobile telah menyumbangkan 100 telefon pintar baru yang dilengkapi dengan pelan GX68 kepada dua hospital utama yang diwartakan sebagai Hospital Covid-19 iaiti Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Sungai Buloh.

Kedua-dua hospital ini akan menggunakan telefon bimbit dan SIM dengan data berkelajuan tinggi serta panggilan tanpa had ini untuk menghubungi pesakit di bawah siasatan (PUI) serta menjalankan pengesanan hubungan.

Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck berkongsi, “U Mobile amat menghargai keberanian dan usaha yang ditunjukkan oleh pengamal perubatan di Malaysia, kerana mereka telah mempertaruhkan segalanya bagi menyelamat nyawa pesakit COVID-19.

Selain itu, U Mobile juga telah menyumbangkan bantuan kewangan sebanyak RM1 juta kepada Kementerian Kesihatan melalui Rangkaian Tindak Balas Bencana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) atau GDRN.

Kini, dengan bekalan100 telefon bimbit yang dilengkapi SIM pascabayar yang menawarkan data serta panggilan tanpa had,ianya diharap dapat membantu pekerja penjagaan kesihatan supaya terus berhubung, menjalankan pengesanan kenalan, serta menghubungi pesakit di bawah siasatan wabak Covid-19.

Selain sumbangan ini, U Mobile juga bekerjasama dengan ZTE dan edotco ini untuk mendirikan tapak rangkaian sementara yang berdekatan dengan Hospital Sungai Buloh untuk meningkatkan liputan di sekitar kawasan tersebut.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.