Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

YouTube ‘Shorts’ akan dilancarkan sebagai pencabar TikTok

YouTube ‘Shorts’ akan dilancarkan sebagai pencabar TikTok 1

YouTube ‘Shorts’ akan dilancarkan sebagai pencabar TikTok 2
TikTok merupakan platfrom perkongsian video pendek yang sangat popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kini terdapat laporan bahawa YouTube sedang merancang untuk melancarkan pencabar baru kepada aplikasi TikTok.

Menurut The Infromation, platform penstriman video gergasi milik Google ini sedang membangun  ‘Shorts’ yang merupakan ciri baru terbina didalam aplikasi YouTube.

Ini membolehkan anda melakukan post video durasi pendek pada bahagian’feed’ didalam aplikasi dengan tarikan utama adalah koleksi muzik berlesen yang lebih banyak.

TikTok telah mencapai pertumbuhan yang sangat tinggi dengan muat turun keseluruhan kini mencapai 842 juta ( di Google Play dan App Store) iaitu peningkatan sebanyak 15% berbanding tahun lalu.

Selain YouTube, Facebook juga dilihat cuba mengekang pertumbuhan TikTok dengan pelancaran aplikasi video durasi pendek iaitu Lasso di beberapa negara seperti Brazil.

YouTube “Shorts” dijangka akan ditawarkan penghujung tahun 2020.

sumber

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.