Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei AppGallery kini memiliki 90% aplikasi popular di Malaysia


Selain pelancaran siri Huawei P40, MatePad Pro dan Watch GT2e, Huawei juga telah mengumumkan maklumat mengenai status AppGallery di Malaysia selain perkhidmatan selepas jualan Huawei Care 2020.

Huawei Malaysia kini telah mengesahkan bahawa AppGallery kini memiliki hampir 90% daripada aplikasi popular di Malaysia yang termasuk Facebook*, WhatsApp*, WeChat, Netflix*, Instagram*, TikTok, Lazada dan banyak lagi.

*kebanyakkan aplikasi ini boleh dimuat turun melalui aplikasi pihak ketiga (bukan dalam AppGallery) , berikut adalah video tutorial 

Mengenai tahap keselamatan AppGallery ini, Huawei mengesahkan stor ini dilindungi dengan 4 tahap perlindungan keselamatan yang telah diiktiraf sebagai menepati piawaian tertinggi didalam industri.

Untuk maklumat lanjut mengenai Huawei AppGallery, lihat di sini

Penawaran aplikasi popular di Malaysia pada Huawei AppGallery sudah pasti membantu pengguna yang terkesan dengan ketiadaan GMS pada telefon pintar terbaru Huawei ini.

Mengulas mengenai Huawei Care 2020 pula, Huawei berkata ianya terdiri daripada 3 jenis perkhidmatan selepas jualan iaitu :

One Stop Service – penawaran servis pantas didalam masa sejam sahaja.

Extra Value Servicespenawaran satu-kali penggantian skrin percuma, tambahan satu tahun waranti dan program bulanan Huawei Service Day (juga bagi pelanggan korporat).

O2Oatau Online To Offline Services adalah perkhidmatan berasaskan AI, lokasi, pengambilan dan penghantaran peranti untuk/ selepas servis dan penghantaran pembelian produk baru Huawei.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.