Huawei AppGallery kini memiliki 90% aplikasi popular di Malaysia
Selain pelancaran siri Huawei P40, MatePad Pro dan Watch GT2e, Huawei juga telah mengumumkan maklumat mengenai status AppGallery di Malaysia selain perkhidmatan selepas jualan Huawei Care 2020.
Huawei Malaysia kini telah mengesahkan bahawa AppGallery kini memiliki hampir 90% daripada aplikasi popular di Malaysia yang termasuk Facebook*, WhatsApp*, WeChat, Netflix*, Instagram*, TikTok, Lazada dan banyak lagi.
*kebanyakkan aplikasi ini boleh dimuat turun melalui aplikasi pihak ketiga (bukan dalam AppGallery) , berikut adalah video tutorial
Mengenai tahap keselamatan AppGallery ini, Huawei mengesahkan stor ini dilindungi dengan 4 tahap perlindungan keselamatan yang telah diiktiraf sebagai menepati piawaian tertinggi didalam industri.
Untuk maklumat lanjut mengenai Huawei AppGallery, lihat di sini
Penawaran aplikasi popular di Malaysia pada Huawei AppGallery sudah pasti membantu pengguna yang terkesan dengan ketiadaan GMS pada telefon pintar terbaru Huawei ini.
Mengulas mengenai Huawei Care 2020 pula, Huawei berkata ianya terdiri daripada 3 jenis perkhidmatan selepas jualan iaitu :
One Stop Service – penawaran servis pantas didalam masa sejam sahaja.
Extra Value Services – penawaran satu-kali penggantian skrin percuma, tambahan satu tahun waranti dan program bulanan Huawei Service Day (juga bagi pelanggan korporat).
O2O – atau Online To Offline Services adalah perkhidmatan berasaskan AI, lokasi, pengambilan dan penghantaran peranti untuk/ selepas servis dan penghantaran pembelian produk baru Huawei.