Honor 30S kini rasmi dengan cip Kirin 820 5G & pengecasan 40W – harga serendah RM 1,461
Honor secara rasminya telah melancarkan Honor 30S ke pasaran China dan ianya tergolong dalam keluarga flagship siri-30.
Honor 30S hadir dengan reka bentuk yang premium iaitu berasaskan keluli dengan gelas.
Walaupun sebagai model paling murah didalam siri ini, Honor 30S hadir dengan spesifikasi yang baik selain pengunaan cip Kirin 820 5G yang terbaru.
Honor 30S hadir dengan skrin paparan IPS FHD+ berukuran 6.5-inci yang memiliki punch-hole disebelah atas kiri bagi menempatkan kamera selfie 16MP manakala sensor capjari adalah pada bahagian sisi yang turut mempunyai fungsi sebagai butang kuasa.
Pada bahagian belakang, terdapat 4 kamera yang disusun didalam modul segiempat. Sensor utama yang digunakan pada Honor 30S adalah unit 64MP manakala 3 sensor yang lain adalah unit 8MP telefoto yang menawarkan 3x zoom optik san sehingga 20x zoom hibrid, satu sensor 8MP ultrawide dan satu sensor depth 2MP.
Pemproses Kirin 820 5G ini juga disertakan 8GB RAM, 128/256GB storan dalaman, GPU Mali-G57 dan Kirin ISP 5.0 yang dikatakan menawarkan pretasi pemprosesan gambar kelas flagship
Honor 30S akan hadir dengan antaramuka Magic UI 3.1.1 yang berasaskan Android 10 namun tiada perkhimatan GMS.
Bercakap mengenai bateri, Honor 30S hadir dengan bateri 4,000mAh yang menawarkan pengecasan pantas 40W.
Honor 30S akan hadir didalam 3 warna iaitu hitam, biru dan hijau dengan harga penjualan seperti berikut :
Honor 30S 8/128GB – CNY 2,399 – RM 1,461
Honor 30S 8/256GB – CNY 2,699 – RM 1,644