Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P40 dan Huawei P40 Pro disahkan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi


Siri Huawei P40 yang dilancarkan beberapa hari lalu nampaknya akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Secara tradisinya, pasaran Malaysia akan menjadi antara negara terawal untuk menerima telefon pintar siri P-Huawei dan tahun ini juga sama.

Seperti diumumkan ketika pelancaran, Huawei P40 dan Huawei P40 Pro akan memasuki pasaran mulai 7 April 2020 dan terdapat kemungkinan besar Malaysia akan menerima model ini pada tarikh yang sama dengan tempoh pra-tempahan terlebih dahulu.

Huawei kini telah membuka pendaftaran minat bagi siri Huawei P40 dan setiap pendaftaran akan menerima baucar RM 30 secara percuma ( hanya bagi pendaftaran yang dibuat dari 26 Mac hingga 2 April 2020).

Bercakap mengenai harga, Huawei P40 dan Huawei P40 dijangka akan hadir dengn harga penjualan yang amat kompetitif dan kita mungkin menyaksikan Huawei mengekalkan harga penjualan yang sama seperti siri Huawei P30.

Bagi yang ingin memiliki Huawei P40 Pro+, ianya hanya akan memasuki pasaran pada bulan Jun 2020.

Maklumat lanjut mengenai Huawei P40 boleh dibaca di laporan pelancaran Huawei P40 kami : Huawei P40, P40 Pro dan P40 Pro+ kini rasmi dengan teknologi kamera penta kamera terbaik dipasaran

Untuk pendaftaran minat sila ke laman mikro : Siri Huawei P40 Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.