Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo Malaysia derma 20,000 topeng muka secara percuma

Vivo malaysia free face mask
Seperti kebanyakkan negara lain, Malaysia juga menghadapi masalah kekurangan bekalan topeng muka sejak wabak Covid-19 mula menular.

Dengan hampir 1/3 penduduk dunia kini melalui perintah kawalan pergerakan, masih ada perugas ‘barisan hadapan’ yang mempertaruhkan nyawa untuk membendung pandemik ini.


Menghargai sumbangan ini, Vivo Malaysia telah melakukan sesuatu yang amat diperlukan ketika ini iaitu membantu memenuhi keperluaan topeng muka di Malaysia.

Vivo Malaysia telah mendermakan sebanyak 20,000 unit topeng muka dengan kerjasama Mercy Malaysia.

Kerprihatinan vivo Malaysia adalah sesuatu yang patut diberikan pujian dan ini patut dicontohi oleh lebih banyak syarikat di Malaysia.

Mike Xu, ketua pegawai eksekutif Vivo Malaysia berkata bahawa ini adalah tanggungjawab sivik vivo kepada negara sejajar dengan kata-kata Perdana Menteri Berat Sama Dipikul, RinganSama Dijinjing”.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.