Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Covid-19 : Kerajaan benarkan pengeluaran akaun-2 KWSP sebanyak RM 500 sebulan

Covid-19 pengeluaran akaun-2 kwsp rm 500

Covid-19 : Kerajaan benarkan pengeluaran akaun-2 KWSP sebanyak RM 500 sebulan

Pada sidang media khas Perdana Menterj sebentar tadi, YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN telah mengumumkan beberapa insiatif utama yang akan membantu rakyat didalam waktu yang amat kritikal.

Pertama, Perdana Menteri telah mengumumkan kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 billion.

Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Permohonan pengeluaran boleh dibuat bermula 1 April 2020 dan Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.

Selain itu, beliau juga telah mengumumkan pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak 4% yang berkuatkuasa pada bulan April 2020 dan ini membolehkan para pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barang- barang keperluan harian.

Selain itu, Kerajaan juga telah bersetuju  telah untuk memberikan lanjutan masa dari 3 bulan kepada 6 bulan bagi penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM750 juta.

Penangguhan ini yang berkuatkuasa serta-merta pada hari ini sehingga 30 September 2020 dan dijangka akan memberi manfaat kepada hampir 1.5 juta peminjam PTPTN.

Selain daripada itu, Tan Sri Muhyiddin juga telah mengumumkan pengimportan 10 juta topeng muka dari negara China yang akan diedarkan secara percuma kepada rakyat yang memerlukan apabila ianya tiba kelak.

Sebagai penutup, Tan Sri Muhyiddin juga mengesahkan akan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif pada 30 Mac 2020.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.