Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kipas penyejuk Black Shark FunCooler Pro kini ditawarkan pada harga RM 199

Black shark FunCooler Pro malaysia
Pengeluar telefon pintar gaming mampu milik iaitu Black Shark kini telah mengumumkan kipas penyejuk peranti FunCooler Pro akan ditawarkan di Malaysia mulai 24 Mac ini.

Black Shark FunCooler Pro telah dilancarkan bersama-sama Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro baru-baru ini.

Apa yang menarik mengenai kipas penyejuk ini adalah ianya boleh digunakan pada apa sahaja model telefon pintar iaitu termasuk peranti Android mahupun iOS.

Ianya boleh digunakan bersama peranti yang mempunyai kelebaran 67mm-88mm dan anda hanya perlu memasang FunCooler Pro ini pada panel belakang dan plug ke slot pengecasan sebelum menekan butang kuasa.

BlackShark FunCooler Pro juga hadir dengan aplikasi khas yang membolehkan anda mengaktifkan dua mod kipas iaitu Freeze Mode atau Blizzard Mode selain penetapan lampu RGB mengikut kesukaan anda.

Berdasarkan ujian makmal, Black Shark FunCooler Pro mampu menurunkan suhu peranti sebanyak 14 C° didalam masa satu minit pengunaan.

BlackShark FunCooler Pro akan ditawarkan di Shopee mulai 24 Mac ini pada harga RM 199 dan secara eksklusif di Shopee.

beli Black Shark FunCooler Pro di Shopee 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.