Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 6 akan dilancarkan di Malaysia secara rasmi pada 22 Mac ini


Susulan Perintah Kawalan Pergerakan sedang dikuatkuasakan, kebanyakkan pengeluar telefon pintar mula beralih kepada pelancaran secara atas talian.

realme Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme 6 akan dilancarkan di Malaysia pada 22 Mac ini.

realme 6 merupakan telefon pintar terbaru realme yang dilancarkan ke pasaran India beberapa minggu lalu iaitu bersama realme 6 Pro yang pelancaranya di Malaysia ditunda buat masa ini.

Terus kepada spesfikasi realme 6, ianya hadir dengan skrin paparan LCD FHD+ berukuran 6.5-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 3. Panel skrin ini adalah jenis punch-hole yang menempatkan kamera selfie 16MP f/2.0.

realme 6 juga menjadi telefon pintar pertama realme untuk hadir dengan pemproses MediaTek Helio G90T yang dikhaskan untuk gaming dengan GPU Mali G-76 MC4 dan terdapat tiga pilihan RAM samada 4GB,6GB atau 8GB.

realme 6 hadir dengan tetapan quad-kamera dibelakang iaitu satu sensor 64MP Samsung ISOCELL Bright GW1, sensor ultra-lebar 8Mp f/2.3, sensor makro 2MP dan sensor B&W 2MP khas untuk potret.

Beralih kepada storan dalaman, realme 6 hadir dengan dua kapasiti memori jenis UFS 2.1 iaitu 64GB atau 128GB dan terdapat juga slot microSD. Bateri realme 6 adalah 4,300mAh dengan pengecasan pantas 30W.

 

realme 6  juga disertakan dengan realme UI yang berasaskan Android 10, sensor capjari pada bahagian sisi dan reka bentuk panel belakang Comet Design.

Pelancaran realme 6 ini akan disiarkan secara langsung di saluran YouTube realme ataupun akaun facebook realme Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.