Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Flip kini dibuka untuk pra-tempahan pada harga RM 5,888

Samsung Galaxy Z Flip preorder malaysia

Samsung Galaxy Z Flip, telefon pintar foldable  kompak yang dilancarkan bersama-sama Siri Samsung Galaxy S20 kini telah dibuka untuk pra-tempahan di pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 5,888.

Samsung Galaxy S20 Ultra kini rasmi dengan skrin 120Hz, 16GB RAM, Sensor 108MP

Samsung Galaxy Z Flip merupakan telefon pintar foldable kedua syarikat ini namun ianya hadir dengan reka bentuk yang lebih kompak dan pada harga yang lebih murah.

Samsung Galaxy Z Flip hadir dengan skrin paparan utama Dynamic AMOLED 22:9 berukuran 6.7-inci yang membawakan resolusi FHD+ (1080 x 2636). Skrin ini juga dilapisi dengan lapisan gelas Ultra Thin Glass yang menjanjikan permukaan skrin yang lebih lasak dan kalis calar.

Skrin paparan kedua dihadapan pula adalah skrin 1.1 inci Super AMOLED yang berfungsi untuk memaparkan notifikasi dengan lapisan gelas Corning Gorilla 6 pada keseluruhan rangka luar.

Dari segi dalaman, Galaxy Z Flip disertakan dengan pemproses kelas flaghsip 2019 iaitu Snapdragon 855+, 8GB RAM, 256GB storan dalaman (UFS 3.0) dan hanya menyokong rangkaian 4G.

Kamera utama Galaxy Z Flip adalah unit 12MP dengan aperture f/1.8 dan saiz piksel 1.4µm bersama satu lagi sensor ultrawide 12MP f/2.2.

Pada bahagian dalaman terdapat satu lagi sensor kamera 10MP yang boleh digunakan pada pelbagai sudut.

Dari segi bateri, Galaxy Z Flip hadir dengan One UI 2.0 berasaskan Android 10 dan bateri berkapasiti 3,300mAh yang turut memiliki sokongan pengecasan pantas 15W.

Samsung Galaxy Z Flip akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu Mirror Black, Mirror Purple dan Mirror Gold dengan harga RM 5,888 dan Samsung turut menawarkan pembayaran ansuran 0% faedah selama 24-bulan.

Kuantiti yang ditawarkan adalah terhad dan setiap pembelian Galaxy Z Flip juga akan menerima Galaxy Z Premier Service yang memberikan anda 24/7 bantuan peribadi melalui telefon dan 1 tahun waranti Samsung Care+ Protection.

pra-tempah Galaxy Z Flip di SiNi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.