Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 9X Pro, MagicBook dan MagicWatch 2 42mm akan dilancarkan 24 Mac ini


Honor 9X Pro, MagicBook dan MagicWatch 2 42mm akan dilancarkan 24 Mac ini

Honor Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Honor 9X Pro dan komputer riba Honor MagicBook akan memasuki pasaran Malaysia pada 24 Mac ini.

Pengesahan ini menyusul selepas beberapa hari lalu kami telah diberikan previu awal Honor MagicBook yang mendedahkan segala maklumat spesifikasi dan reka bentuk komputer riba ini.

Honor 9X Pro juga akan menyusul selepas diperkenalkan di peringkat global bulan lalu dan ianya hadir sebagai telefon pintar pertama dengan kamera selfie pop-up.

Berikut adalah spesifikasi Honor 9X Pro :

  • skrin paparan FHD+ IPS LCD 6.59-inci (1080 x 2340px) – nisbah skrin kepada badan yang amat tinggi iaitu 92%.
  • Pemproses 8nm Kirin 810
  • 6GB RAM + 256GB storan dalaman
  • Sensor capjari sisi
  • Kamera selfie pop-up 16MP
  • Tri-Kamera Quad Bayer 48MP + 8MP ultrawide + 2MP
  • EMUI 9.1 + GPU Turbo 3.0
  • Huawei Mobile Services

Selain Honor MagicBook dan Honor 9X Pro, Honor akan turut membawa masuk Honor MagicWatch 2 versi 42mm didalam warna rose gold.

Info lanjut mengenai ketiga-tiga produk ini boleh anda ketahui di sini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.