Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 6 Pro – Teknologi Kamera ‘Selfie’ Dual-in Display dan Fungsi ‘Slow-motion’


Kehebatan kamera telefon pintar realme 6 Pro sudah terbukti dan terpancar pada penggunaan sensor quad-kamera AI 64MP. Berbeza berbanding model-model sebelum ini, realme 6 Pro hadir dengan bukan satu tetapi dua kamera ‘selfie’ yang terbina pada skrin atau lebih dikenali sebagai dual in-screen selfie.

Dual kamera ‘selfie’ yang disertakan pada realme 6 Pro adalah sensor wide angle Sony IM471 dan sensor ultra lebar 8MP dengan 105°. Bagi jarak penggambarannya pula adalah 2.5 kali lebih jauh dan terdapat juga fungsi ‘Edge Deformity Correction’ yang boleh mengecam wajah dan secara automatik mengoptimasi kontour wajah.

Pada masa yang sama, kedua-dua kamera ini juga mempunyai pelbagai fungsi tambahan seperti HDR dan Super Potrait Nightscape Selfie.


Model realme 6 Pro turut hadir dengan kebolehan video yang baik pada kombinasi dua kamera ‘selfie’ ini, sekaligus mengangkatnya sebagai telefon pintar dengan fungsi video selfie yang terbaik dalam pasaran.

Jika anda mahukan video potret, anda hanya perlu mengaktifkan fungsi potret ketika merakam video Yang sudah pasti memberikan anda fungsi rakaman video dengan kesan bokeh unik dan berkualiti.

Berikut adalah contoh video potret yang memberikan kesan bokeh yang betul-betul ‘real’ : https://static.realme.net/v2/realme-6-pro/images/videos/bokeh-e608730990.mp4

Selain itu, realme 6 Pro juga hadir dengan sokongan rakaman video gerak perlahan pada resolusi 1080p/120fps.

Berikut adalah contoh video gerak perlahan yang diambil menggunakan kamera selfie realme 6 Pro : https://static.realme.net/v2/realme-6-pro/images/videos/slo-fc237ec436.mp4

realme 6 Pro kini hadir dengan pakej kamera yang lebih baik bukan sahaja pada bahagian belakang malah pada bahagian hadapan. Ini menjadikan realme 6 Pro sebagai telefon pintar dengan pakej kamera terbaik dalam pasaran.

Nantikan pelancaran realme 6 Pro di Malaysia tidak lama lagi!

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.