Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 6 Pro – Telefon Pintar Pertama Memasuki Pasaran dengan Cip Pemproses Snapdragon 720G dan Skrin Paparan 90Hz

realme 6 Pro - Telefon Pintar Pertama Memasuki Pasaran dengan Cip Pemproses Snapdragon 720G dan Skrin Paparan 90Hz 1

realme atau syarikat yang terkenal dengan slogan ‘Dare to Leap’ telah mengesahkan bahawa realme 6 Pro akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Selain menjadi yang pertama di Malaysia menggunakan cip pemproses Snapdragon 720G, realme 6 Pro juga telah memecah rekod sebagai telefon pintar pertama di dunia dikuasakan dengan cip pemproses terbaharu Qualcomm ini.

realme 6 Pro - Telefon Pintar Pertama Memasuki Pasaran dengan Cip Pemproses Snapdragon 720G dan Skrin Paparan 90Hz 2

Buat pengetahuan semua, cip pemproses Snapdragon 720G ini diperbuat berasaskan proses 8nm yang menjadikanya sangat efisen dan berkuasa tinggi.

Ianya dilengkapi dengan CPU Kyro 466 dengan dua teras Cortex-A76 berprestasi tinggi yang berkelajuan sehingga 2.3GHz dan 6 teras Cortex-A55 yang berefisen tinggi serta GPU Adreno 618 seperti yang terdapat pada Snapdragon 730G.

realme 6 Pro - Telefon Pintar Pertama Memasuki Pasaran dengan Cip Pemproses Snapdragon 720G dan Skrin Paparan 90Hz 3

Apabila dibandingkan dengan generasi lalu, Snapdragon 720G hadir dengan 10% peningkatan prestasi CPU manakala prestasi GPU pula adalah 75% lebih baik diikuti pretasi enjin AI yang 220% lebih baik.

realme 6 Pro - Telefon Pintar Pertama Memasuki Pasaran dengan Cip Pemproses Snapdragon 720G dan Skrin Paparan 90Hz 4

Satu lagi ciri menarik pada realme 6 Pro adalah pengunaan skrin 90Hz Ultra Smooth Display dan kadar pensampelan 120Hz.

Skrin ini mampu menghasilkan 90 bingkai sesaat yang menjadikan kadar segar semula skrin paparan 90Hz ini adalah 50% tinggi berbanding berbanding skrin paparan 60Hz. Hasilnya, pengguna dapat menikmati pengalaman skrin yang lebih lancar dan mewah.

realme 6 Pro - Telefon Pintar Pertama Memasuki Pasaran dengan Cip Pemproses Snapdragon 720G dan Skrin Paparan 90Hz 5

Skrin realme 6 Pro ini mempunyai resolusi FHD+ 2400x1080P dengan nisbah skrin kepada badan 90.6%.

Besar bukan? Selain itu, bagi menambahkan ketahanan skrin ini, realme 6 Pro juga didatangkan dengan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

realme 6 Pro juga dilengkapi dengan Wi-Fi 6 dan sistem navigasi GPS dwi-frekuensi untuk pengesanan lokasi yang lebih tepat dan pantas.

realme 6 Pro - Telefon Pintar Pertama Memasuki Pasaran dengan Cip Pemproses Snapdragon 720G dan Skrin Paparan 90Hz 6

Dengan pengunaan cip pemproses Snapdragon 720G dan skrin paparan 90Hz, realme 6 Pro adalah satu telefon pintar yang pasti menarik minat pengguna apabila ianya memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Nantikan pelancarannya!

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.