Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo V19 akan tiba di Malaysia dengan dwi-kamera selfie 32MP

vivo V19 akan tiba di Malaysia dengan dwi-kamera selfie 32MP 5
vivo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa vivo V19 akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dengan slogan “Ignite Your Night”.

Vivo V19 baru-baru ini telah memasuki pasaran Indonesia namun vivo Malaysia telah mengesahkan bahawa spesifikasi antara dua model ini adalah berbeza selaras dengan motto vivo Malaysia untuk menawarkan produk yang sesuai dengan keperluan pengguna di Malaysia.

vivo V19 akan tiba di Malaysia dengan dwi-kamera selfie 32MP 6

Buat masa ini, vivo Malaysia telah mengesahkan bahawa ianya akan hadir dengan skrin paparan Super AMOLED Ultra O yang menempatkan dua unit kamera selfie dengan sensor utama adala unit 32MP.

Buat masa ini vivo Malaysia masih belum mengumumkan tarikh pelancaran dan spesifikasi vivo V19 di Malaysia ini namun lebih banyak maklumat mengenai telefon pintar ini akan diketahui tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.