Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Carsome kini menawarkan anda 2x ganda nilai kereta yang dijual


Carsome kini menawarkan anda 2x ganda nilai kereta yang dijual

Carsome merupakan salah satu satu platform dagangan kereta terpakai yang terkenal di Malaysia.

sempena sambutan ulang tahun ke-5 nya serta Hari Raya Aidilfitri 2020, Carsome ingin memberikan ganjaran tunai kepada penggunanya dan telah mengumumkan Promosi Double Raya untuk semua rakyat Malaysia.

Dari 1 Mac hingga 31 Mei 2020, seorang pemenang hadiah utama akan dipilih setiap bulan untuk menerima hadiah tunai yang sama dengan harga jualan kereta mereka.

Sebagai contoh, pemenang terpilih yang menjual kereta Land Rover Range Rover Velar berusia setahun kepada Carsome pada RM410,000 akan menerima ganjaran tunai tambahan sebanyak RM410,000.

Di samping itu, Carsome juga akan menawarkan 38 hadiah sagu hati dalam bentuk Touch ‘n Go eWallet kredit bernilai sehingga RM38,000 untuk direbut!

Bagi menyertai Promosi Double Raya ini, pengguna hanya perlu menjual kereta mereka kepada Carsome, dan menghantar ulasan/review mereka di laman media sosial Carsome selepas transaksi jualan.

Selain itu, setiap pengguna juga akan menerima hadiah edisi terhad Carsome bagi setiap kereta yang dijual kepada Carsome sepanjang tempoh promosi ini.

Dengan promosi menarik ini, ini adalah waktu terbaik untuk anda menjual kereta anda di aplikasi Carsome.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.