Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo kini merupakan 5 syarikat telefon pintar terbaik dunia

vivo kini merupakan 5 syarikat telefon pintar terbaik dunia 3
Pegangan pasaran sesuatu jenama telefon pintar mungkin tidak begitu diambil peduli oleh pengguna namun ianya masih memberikan perkembangan positif kepada jenama tersebut.

Menurut laporan terbaru daripada Counterpoint bagi penjualan pada suku ke-4 2019, vivo telah mencapai satu prestasi yang baik apabila dibandingkan dengan jenama lain dipasaran.

Pada suku terakhir tahun lalu, vivo telah menempatkan diri didalam 5 syarikat telefon pintat terbaik global.

Mengulas lanjut mengenai prestasi ini, vivo berjaya menjadi 5 syarikat telefon pintar terbaik dipasaran global selepas prestasi baik dipasaran India.

Dengan peralihan ke teknologi 5G semakin menjadi realiti, vivo dilihat akan lebih memfokuskan kepada penawaran telefon pintar 5G pada tahun 2020 dan sebagai permulaan vivo telah melancarkan iQOO 3 dan vivo Z6 manakala vivo NEX3S bakal tiba tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.