Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A01 kini di Malaysia pada harga RM 449 sahaja

Galaxy A01 Malaysia
Samsung Mobile Malaysia secara rasminya telah mengumumkan penawaran terbaru didalam siri Galaxy A yang akan ditawarkan pada tahap harga yang lebih murah.

Samsung Galaxy A01 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 449 sahaja.

Samsung Galaxy A01 hadir dengan skrin paparan Infinity-V berukuran 5.7-inci yang membawakan resolusi HD+, pemproses 8-teras Snapdragon SDM439 berkelajuan 1.95Ghz, 2GB RAM dan 16GB storan dalaman.


Selain itu, Galaxy A01 juga hadir dengan tetapan dwi-kamera dibelakang iaitu sensor utama 13MP f/2.2 dan sensor kedalaman 2MP dengan aperture f/2.4 manakala kamera selfie adalah 5MP.

Galaxy A01 juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh (masih microUSB), OneUI dengan Android 10, slot tri-SIM (2 SIM + 1 microSD), audio Dolby Atmos dan radio FM.

Galaxy A01 kini boleh dimiliki di Samsung Experience Stores yang terlibat, pengedar-pengedar sah ataupun melalui e-store Samsung pada harga RM 449.

Galaxy A01 ini hadir didalam tiga warna iaitu hitam, biru dan merah.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.