Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Malaysia catatkan pertumbuhan 865% pada tahun 2019


realme merupakan jenama telefon pintar yang tidak asing lagi dipasaran Malaysia walaupun baru memasuki pasaran tempatan kira-kira 18 bulan lalu.

Dengan penawaran produk kelas premium pada harga mampu milik, realme telah menambat hati pengguna di Malaysia dan buktinya adalah apabila realme telah mencapai pertumbuhan sebanyak 865% pada tahun 2019 apabila dibandingkan dengan tahun 2018.

Ini juga membolehkan realme mempunyai 7.5%

pegangan pasaran telefon pintar Malaysia pada tahun 2019 sekaligus mendapat gelaran jenama telefon yang mencatatkan pertumbuhan terpantas didunia pada 2019 oleh Counterpoint.

Kejayaan ini membuktikan realme kini telah menjadi sebagai antara jenama popular dipasaran Malaysia dan kejayaan ini lebih bermakna susualan daripada pelancaran realme C3 di Malaysia baru-baru ini.

realme dijangka akan meneruskan lagi momentum positif ini dipasaran Malaysia dengan pelancaran beberapa lagi produk terbaru mereka tidak lama lagi.

realme 6 dan realme 6 Pro kini rasmi dengan skrin 90Hz dan quad-kamera 64MP

realme Band kini rasmi pada harga serendah RM 85 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.