Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 6 dan realme 6 Pro kini rasmi dengan skrin 90Hz dan quad-kamera 64MP

realme 6 dan realme 6 Pro kini rasmi dengan skrin 90Hz dan quad-kamera 64MP 23
realme secara rasminya telah memperkenalkan realme 6 dan realme 6 Pro yang hadir kira-kira 5 bulan selepas pelancaran Siri realme 5.

realme 6 dan realme 6 Pro kini rasmi dengan skrin 90Hz dan quad-kamera 64MP 24

Terus kepada spesfikasi realme 6, ianya hadir dengan skrin paparan LCD FHD+ berukuran 6.5-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 3. Panel skrin ini adalah jenis punch-hole yang menempatkan kamera selfie 16MP f/2.0.

realme 6 dan realme 6 Pro kini rasmi dengan skrin 90Hz dan quad-kamera 64MP 25

realme 6 juga menjadi telefon pintar pertama realme untuk hadir dengan pemproses MediaTek Helio G90T yang dikhaskan untuk gaming dengan GPU Mali G-76 MC4 dan terdapat tiga pilihan RAM samada 4GB,6GB atau 8GB.

realme 6 dan realme 6 Pro kini rasmi dengan skrin 90Hz dan quad-kamera 64MP 26

realme 6 hadir dengan tetapan quad-kamera dibelakang iaitu satu sensor 64MP Samsung ISOCELL Bright GW1, sensor ultra-lebar 8Mp f/2.3, sensor makro 2MP dan sensor B&W 2MP khas untuk potret.

Beralih kepada storan dalaman, realme 6 hadir dengan dua kapasiti memori jenis UFS 2.1 iaitu 64GB atau 128GB dan terdapat juga slot microSD. Bateri realme 6 adalah 4,300mAh dengan pengecasan pantas 30W.

realme 6 dan realme 6 Pro kini rasmi dengan skrin 90Hz dan quad-kamera 64MP 27

Berikut adalah harga realme 6 :

realme 6 4/64GB – INR 12,999 – RM 745

realme 6 6/128GB – INR 14,999 – RM 850

realme 6 8/128GB – INR 15,999 – RM 906

realme 6 dan realme 6 Pro kini rasmi dengan skrin 90Hz dan quad-kamera 64MP 28

Beralih kepada versi Pro, realme 6 Pro hadir dengan skrin paparan LCD FHD+ berukuran 6.6-inci dengan kadar segar semula 90Hz yang menempatkan dua kamera pada lubang punch-hole iaitu satu unit 16MP f/2.0 Sony IMX471 dan satu unit 8MP dengan 105° FOV.

realme 6 dan realme 6 Pro kini rasmi dengan skrin 90Hz dan quad-kamera 64MP 29

realme 6 Pro hadir dengan penggunaan pemproses Snapdragon 720G yang dipadankan dengan GPU Adreno 618 dan dua kapasiti RAM iaitu 6GB atau 8GB.

realme 6 dan realme 6 Pro kini rasmi dengan skrin 90Hz dan quad-kamera 64MP 30

Pada bahagian kamera, realme 6 Pro hadir dengan sensor utama 64MP, sensor telefoto 12MP f/2.5, sensor 8MP ultrawide dan sensor makro 2MP. realme 6 Pro juga hadir dengan sokongan UIS dan UIS Max Video Stabilization.

realme 6 dan realme 6 Pro kini rasmi dengan skrin 90Hz dan quad-kamera 64MP 31

Bercakap mengenai bateri, realme 6 Pro juga hadir dengan kapasiti bateri yang sama seperti realme 6 iaiti 4,300mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W.

realme 6 dan realme 6 Pro kini rasmi dengan skrin 90Hz dan quad-kamera 64MP 32

realme 6 dan realme 6 Pro juga disertakan dengan realme UI yang berasaskan Android 10, sensor capjari pada bahagian sisi dan reka bentuk panel belakang yang baru ( Lightning Design pada realme 6 Pro & Comet Design pada realme 6).

realme 6 dan realme 6 Pro kini rasmi dengan skrin 90Hz dan quad-kamera 64MP 33
realme 6 Pro hadir dengan harga penjualan seperti berikut :

realme 6 Pro 6/64GB – INR 16,999 – RM 964

realme 6 Pro 6/128GB – INR 17,999 – RM 1,020

realme 6 Pro 8/128GB – INR 18,999 – RM 1,077

realme 6 dan realme 6 Pro dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.