Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Xiaomi Redmi Note 9 akan dilancarkan 12 Mac ini dengan quad-kamera dan teknologi pengecasan pantas terbaru


Siri Xiaomi Redmi Note 9 akan dilancarkan 12 Mac ini dengan quad-kamera dan teknologi pengecasan pantas terbaru

Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa siri telefon pintar Redmi Note 9 akan dilancarkan pada 12 Mac ini dan pelancaran akan berlangsung dipasaran India terlebih dahuluZ

Pengesahan ini telah diberikan sendiri Redmi India melalui akaun Twitter mereka.

Selain daripada itu, teaser di stor Amazon pula mengesahkan Redmi Note 9 ini akan hadir dengn reka bentuk premium, pengalaman gaming yang imersif dan teknologi pengecasan pantas yang lebih baik.

Berdasarkan gambar teaser ini, Siri Redmi Note 9 akan hadir dengan tetapan quad-kamera dibelakang dengan bentuk segi empat.

Pelancaran Siri Redmi Note 9 ini akan berlangsung didalam masa 7 hari sahaja lagi dan ianya telah disahkan akan dilancarkan secara atas talian sahaja bagi mengelakkan potensi penularan wabak Coronavirus COVID-19.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.