Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan Samsung Galaxy A51 dan Galaxy A30s dengan lebih murah sekarang


Pada penghujung minggu ini, Samsung akan Samsung akan mengadakan roadshow Siri Galaxy S20 yang membolehkan anda memenangi TV 4K Smart UHD 50-inci secara percuma.

Jika Siri Galaxy S20 adalah sesuatu yang diluar kemampuan anda, Samsung kini mengumumkan satu promosi menarik bagi pembelian Galaxy A51 dan Galaxy A30s.

Anda boleh mendapatkan diskaun sebanyak RM 100 bagi pembelian dua model Samsung ini dengan hanya menukarkan mana-mana telefon ( tidak kisah masih berfungsi ataupun tidak).

Dengan promosi ini, anda boleh menikmati Galaxy A51 pada harga RM 1,199 sahaja manakala Galaxy A30s boleh dimiliki pada harga RM 899 sahaja.

Samsung Galaxy A51 yang mempunyai harga penjualan asal RM 1,299 hadir didalam tiga pilihan warna iaitu Prism Crush Black, Prism Crush White dan Prism Crush Blue manakala Galaxy A30s hadir didalam warna Prism Crush Black, Prism Crush White dan Prism Crush Green.

Promosi ini hanya boleh dinikmati di Samsung Experience Stores atau melalui wakil penjual bertauliah.

promosi ini akan tamat pada 31 Mac 2020

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.