Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C3 – Telefon Pintar Gergasi ‘Gaming’ Berkelas Entry Level dengan Cip Pemproses MediaTek Helio G70

realme C3 – telefon pintar gergasi gaming kelas entry level dengan pemproses MediaTek Helio G70

Walaupun hadir sebagai telefon pintar berkelas entry-level, realme telah memberikan sesuatu yang terbaik pada realme C3 iaitu sebagai telefon pintar pertama di dunia menggunakan Cip pemproses MediaTek Helio G70 yang mana ianya merupakan antara yang terbaik bagi segmen harga ini.

Cip pemproses Helio G70 yang digunapakai pada realme C3 ini memiliki 8-teras pemproses 12nm yang mempunyai kelajuan 2.0GHz menjadikannya sebagai antara cip pemproses terpantas dan terbaru dalam kategori ini.

Model realme C3 in juga ideal untuk pengguna biasa mahupun ‘mobile gamers’ khususnya kerana pengunaan unit pemprosesan grafik (GPU) ARM Mali-G52 yang sangat efisen dan berprestasi tinggi.

Selain itu, realme C3 turut menunjukkan taringnya dalam ujian AnTuTu dengan rekod setinggi 193,000 mata yang memberikan keyakinan kepada pembeli bahawa inilah satu-satunya telefon pintar dengan prestasi terbaik dalam tahap harganya.

realme C3 dilengkapi dengan teknologi MediaTek Gaming yang menawarkan optimasi latensi rangkaian. Teknologi ini menawarkan pengalaman pengunaan yang lebih stabil dan menyelesaikan lag sewaktu bermain ‘game’.

Antara kelebihan MediaTek G70 yang lain adalah ianya dilengkapi dengan optimasi latensi skrin yang memberikan pengguna respon skrin yang lebih tepat dan cepat.

Untuk sambungan berkelajuan tinggi, realme C3 telah disertakan dengan dual Wi-Fi yang mana telefon pintar akan beralih kepada jalur lebar yang menawarkan sambungan yang lebih pantas.

Untuk memudahkan lagi pelayaran Internet dan membuat panggilan, realme C3 hadir dengan fungsi yang membolehkan pengguna membuat panggilan menghantar data secara serentak.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman visual pengguna, pemproses Helio G70 yang digunakan pada realme C3 juga hadir dengan teknologi Premium Picture Quality yang menyokong True Color. Dengan kecerahan skrin yang lebih baik output gambar adalah lebih cerah dan jelas samada ketika ‘gaming’ mahupun menonton video.

realme C3 akan hadir tidak lama lagi dalam dua varian yang dilengkapi RAM jenis LPDDR4X. Jika dibandingkan dengan RAM jenis LPDDR3, RAM ini menawarkan peningkatan prestasi grafik sebanyak 20% selain prestasi RAM 100% lebih baik.

Cip pmproses Helio G70 bakal meletakkan realme C3 sebagai antara telefon pintar kelas entry-level terbaik di Malaysia apabila pelancaran rasmi telefon pintar ini akan berlangsung dalam masa 2 hari sahaja lagi.

Tonton siaran langsung majlis pelancaran realme C3 di YouTube dan juga Facebook rasmi realme Malaysia.

realme C3 Malaysia - Reka Bentuk Premium Sunrise Design dan realme UI 7

Selepas pelancaran, penjualan pertama realme C3 secara online boleh didapati secara eksklusif di Shopee : http://bit.ly/C3shppr

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.