Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Malaysia raikan realme Day dengan diskaun sehingga RM 300 di Shopee pada 3 Mac ini

realme day shopee malaysia
Tahun ini realme Malaysia akan meraikan realme Day pada 3 Mac ini yang juga merupakan tarikh pelancaran realme C3 di Malaysia.

Sempena realme Day ini, realme akan mengadakan penjualan hebat dengan diskaun sehingga RM 300 bagi pembelian telefon pintar atau aksesori realme yang terpilih eksklusif di Shopee.

Lebih menarik, realme Malaysia akan turut menawarkan realme C3 pada hari pelancaran iaitu dari jam 6 petang menjadikan realme antara syarikat yang menawarkan produk pada hari pelancaran.

Selain itu, realme juga telah mengumumkan satu ‘kejutan’ pembeli terawal bagj realme C3 dan segala maklumat mengenai promosi ini akan diumumkan pada siaran langsung majlis pelancaran realme C3 di Malaysia esok.

Pastikan anda menonton majlis pelancaran realme C3 Malaysia di Facebook​ dan ​YouTube​ pada 3.3.2020 dari jam 2.30 Petang.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.