Penjualan telefon pintar vivo di Malaysia meningkat 41% pada 2019
Menurut laporan terbaru daripada Canalys, penjualan telefon pintar vivo telah meningkat sebanyak 41% sepanjang tahun 2019 menjadikanya sebagai syarikat telefon pintar yang mencatatkan pertumbuhan tertinggi di Malaysia.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Canalys ini, Vivo juga telah menduduki tempat ke-3 didalam pasaran telefon pintar Malaysia dengan 17% pegangan pasaran dengan Oppo ditempat kedua dengan 18% dan Samsung di tempat pertama dengan 25% pegangan pasaran.
Kejayaan ini adalah hasil pelancaran portfolio produk yang meliputi keperluaan pengguna di Malaysia yang mana ianya termasuk V15, V15 Pro, V17, V17 Pro, S1, S1 Pro dan NEX 3
Tahniah kami ucapkan kepada pencapaian vivo ini dan tahun 2020 dijangka akan lebih baik dengan pelbagai produk terbaru.