vivo APEX 2020 akan hadir dengan teknologi pengstabilan gimbal
vivo APEX 2020 akan hadir dengan teknologi pengstabilan gimbal
Vivo APEX 2020 sebelum ini telah disahkan akan dilancarkan pada 28 Februari (esok) ini di Beijing, China menjadikanya sebagai antara telefon pintar konsep yang sangat dinanti-nantikan pelancaranya.
Dengan slogan Vision Beyond, vivo APEX 2020 akan berkongsi reka bentuk yang sama seperti Vivo NEX 3 iaitu dengan skrin paparan tanpa bezel ‘Waterfall Fullview Display’ namun ini tidak bermaksud ianya adalah peranti yang sama.
Vivo APEX 2020 kini telah disahkan akan hadir dengan teknologi penstabilan kamera yang pertama kali digunakan pada telefon pintar iaitu teknologi pengstabilan gimbal yang akan menyingkirkan pergerakan atau gegaran tangan ketika mengambil gambar.
Selain itu, vivo APEX 2020 juga akan hadir dengan teknologi kamera yang penuh inovatif secara keseluruhanya yang ianya juga akan menyokong pengzooman optik 5-7.5X.
Vivo APEX 2020 yang akan dilancarkan didalam masa 24 jam sahaja lagi dijangka akan sekali lagi membuka mata dunia terhadap produk konsep Vivo yang dijangka memasuki pasaran tidak lama lagi.