Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Samsung Galaxy S20 akan dilancarkan di Malaysia 28 Februari ini-harga dari RM 3,599

Samsung Galaxy S20 Ultra Camera
Samsung Malaysia telah mengesahkan bahawa siri Galaxy S20 yang dibuka untuk pra-tempahan selang beberapa jam selepas pelancaran kini akan dilancarkan secara rasmi pada 28 Februari ini.

Pelancaran ini akan menyaksikan Samsung membawa masuk kesemua model didalam siri Galaxy S20 iaitu Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra.

Siri Samsung Galaxy S20 akan dilancarkan di Malaysia 28 Februari ini-harga dari RM 3,599 3

Samsung Galaxy S20 akan hadir dengan harga penjualan RM 3,599 manakala Galaxy S20+ pula hadir dengan harga penjualan RM 3,999 diikuti Galaxy S20+ Ultra pada harga RM 4,999.

Samsung Galaxy S20 dan S20+ malaysia

Jika anda menyasarkan untuk membeli telefon pintar 5G, Galaxy S20 Ultra adalah satu-satunya model didalam siri ini untuk hadir dengan sokongan 5G.

Bagi anda yang berminat,pra-tempahan masih dibuka bagi kesemua model ini dan maklumat lanjut boleh anda ketahui di sini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.