Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C3 – Telefon Pintar Pertama Malaysia Dihadiri dengan Cip Pemproses MediaTek Helio G70

realme C3 - Telefon Pintar Pertama Malaysia Dihadiri dengan Cip Pemproses MediaTek Helio G70 7

realme Malaysia merupakan satu jenama yang menawarkan telefon pintar yang ‘trendy’ dan bergaya selaras dengan semangat Dare To Leap.

Pada tahun 2019, realme telah berjaya menjual 25 juta unit telefon pintar secara keseluruhan dan menyasarkan untuk menggandakan jumlah jualan tahun lalu pada tahun ini.

Sebagai permulaan untuk misi ini, realme telah memperkenalkan generasi ketiga telefon pintar realme C yang dikenali sebagai realme C3.

realme C3 - Telefon Pintar Pertama Malaysia Dihadiri dengan Cip Pemproses MediaTek Helio G70 8

realme C3 merupakan telefon pintar pertama di dunia menggunakan cip pemproses MediaTek Helio G70 sekaligus menjadikanya sebagai model terbaik bagi segmen harga ini.

MediaTek Helio G70 adalah cip pemproses 12nm yang mempunyai 8-teras dengan kelajuan sehingga 2.0GHz yang terpantas dan terbaru bagi kategori ini.

Ia juga adalah sangat ideal bagi pengguna biasa mahupun gamer elit, khususnya dengan ketersediaan unit pemprosesan grafik (GPU) Mali-G52 yang sangat efisen dan berprestasi tinggi.

Selain itu, realme C3 juga dilengkapi teknologi MediaTek Gaming yang mengoptimasikan latensi rangkaian. Selain menawarkan latensi rangkaian yang rendah, teknologi ini juga memberikan pengguna persekitaran gaming yang lebih stabil tanpa sebarang ‘lag’ ketika bermain ‘mobile game’.

realme C3 - Telefon Pintar Pertama Malaysia Dihadiri dengan Cip Pemproses MediaTek Helio G70 9

Dengan teknologi Display Latency Optimization yang dimiliki MediaTek Helio G70, realme C3 mempunyai skrin paparan yang mempunyai tempoh respon yang tinggi dan kawalan skrin yang lebih tepat.

Untuk sambungan internet yang lebih pantas, realme C3 juga memiliki Dual Wi-Fi yang membolehkan telefon beralih kepada band yang lebih baik bagi menawarkan kelajuan internet yang terbaik.

Lebih menarik, realme C3 turut menyokong pengunaan Data dan membuat panggilan secara serentak yang sudah pastinya meningkatkan lagi pengalaman ‘multitasking’ anda.

Cip pemproses MediaTekHelio G70 yang digunakan oleh realme C3 hadir dengan Premium Picture Quality yang menyokong mod True Color. Ini memberikan output skrin yang lebih terang dan jelas ketika sesi ‘gaming’ mahupun menonton video.

realme C3 akan ditawarkan dalam dua varian menggunakan LPDDR4X RAM. Apabila dibandingkan dengan LPDDR3, prestasi pemprosesan grafik meningkat sebanyak 20% manakala prestasi RAM adalah 100% lebih baik.

Adakah anda teruja dengan kehebatan pemproses MediaTek Helio G70 yang digunakan pada realme C3? Nantikan pelancaran realme C3 di Malaysia yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.