Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo iQOO 3 bakal hadir dengan teknologi kamera futuristik AI eye-tracking dan lensa potret 50mm


Vivo baru-baru ini telah mengumumkan pelancaran generasi ketiga telefon pintar flaghsip dibawah jenama IQOO yang merupakan anak syarikat vivo.

Siri telefon pintar iQOO sememangnya terkenal dengan kehebatan prestasi namun vivo dilhat bakal turut memberikan didalam penawaran teknologi kamera yang lebih canggih.

Dengan gambar teaser di Weibo memberikan kita sedikit visual reka bentuk inovatif yang dimiliki telefon pintar ini, vivo iQOO 3 juga telah disahkan akan memiliki pemproses Snapdragon 865.

Dari segi kamera, iQOO 3 akan turut hadir dengan kamera utama 48MP selain lensa potret profesional 50mm dan kamera ini juga akan hadir dengan teknologi AI eye-tracking.

Dengan teknologi AI eye-tracking, kamera akan mengambil gambar berdasarkan fokus mata subjek didalam bingkai dan ini memastikan gambar yang diambil mempunyai tahap fokus yang sempurna

Walaupun banyak diperkatakan, buat masa ini masih belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada vivo mengenai iQOO 3 namun kami amat teruja untuk menguji teknologi kamera futuristik ini tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.