Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infografik : 10 Aplikasi yang sering digunakan oleh pengguna Huawei Nova

Huawei Nova 7i

Infografik : 10 Aplikasi yang sering digunakan oleh pengguna Huawei Nova

Sempena pelancaran Huawei Nova 7i di Malaysia pada 14 Februari ini, Huawei Malaysia telah mengadakan satu kajian pada pengguna sediada telefon pintar Huawei Nova untuk mengenali corak penggunaan mereka.

Tidak mengejutkan apabila aplikasi seperti mesej, emel, media sosial, e-pengangkutan, penstrima muzik, e-wallet dan permainan video adalah aplikasi yang paling banyak digunakan oleh pengguna telefon pintar Huawei Nova.

Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat beberapa aplikasi tertentu yang lebih banyak digunakan pada masa yang spesifik bergantung kepada dimana pengguna berada dan apa yang mereka sedang lakukan.

Berikut adalah infografik hasil daripada kajian yang dilakukan oleh Huawei Malaysia :

Infografik : 10 Aplikasi yang sering digunakan oleh pengguna Huawei Nova 3

Aplikasi teratas adalah yang anda sudah biasa dengar atau guna dan digunakan hampir setiap masa adalah Facebook, Instagram, Spotify dan WhatsApp.

Selain itu, aplikasi lain yang turut sentiasa digunakan adalah Waze dan Google Maps yang penting ketika sedang memandu manakala pad waktu makan, aplikasi seperti Touch ‘N Go eWallet, Maybank MY dan aplikasi perkhidmatan  penghantaran makanan lebih kerap digunakan.

Satu lagi hasil kajian dikalangan pengguna telefon pintar Nova adalah mengenai permainan video yang sering dimain adalah PlayerUnknown’s Battlegrounds, Mobile Legends: Bang Bang dan  Clash Royale yang dimainkan ketika waktu kerja 🙄

Dengan Nova 7i, aplikasi popular seperti ini boleh dimuat turun secara mudah dari Huawei AppGallery kerana Huawei telah berkerjasama dengan pembangun aplikasi untuk membolehkan aplikasi ini mudah diakses dan digunakan.

Selain itu, Huawei juga secara berterusan menambah aplikasi baru bagi pengguna yang bakal memliki telefon pintar terbaru Huawei yang hadir dengan Huawei Mobile Services

Malaysia merupakan negara pertama selain China untuk menerima model Huawei Nova 7i dan pengguna boleh membuat pra-tempahan telefon pintar ini tidak lama lagi.

Huawei Nova 7i akan dilancarkan di Malaysia 14 Februari ini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.