Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Menangi hadiah bernilai RM 18,888 apabila membeli telefon pintar vivo melalui Digi


Vivo Malaysia telah mengumumkan satu cabutan bertuah yang membolehkan anda memenangi pelbagai hadiah yang bernilai sehingga RM 18,888.

Dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Digi, pelanggan yang membeli telefon pintar vivo melalui pelan pascabyar Digi Postpaid Plan di mana-mana stor Digi layak menyertai cabutan bertuah ini.

Pelanggan berpeluang memenangi hadiah menarik seperti berikut :

Baucar percutian – baucar tunai bernilai RM 5,000 yang mana pelanggan boleh memilih pakej percutian mengikut pilihan mereka

Baucar Sengheng – baucar tunai bernilai RM 3,000 untuk pembelian produk elektronik kelengkapan rumah di stor Sengheng.

Telefon pintar – vivo S1 Pro

Kempen cabutan bertuah ini akan berlangsung dari sekarang hingga 23 Februari 2020.

Untuk maklumat lanjut layariLaman rasmi Digi  atau Facebook Vivo Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.