Pengeluaran Apple iPhone mungkin terjejas akibat wabak Coronavirus
Pengeluaran Apple iPhone mungkin terjejas akibat wabak Coronavirus
Terdapat laporan yang mengatakan bahawa penularan wabak Coronavirus di China akan mengugat pengeluaran telefon pintar bajet iPhone yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Model iPhone yang diperkatakan adalah Apple iPhone 9 atau iPhone SE 2 dan bagi memperlahankan penularan virus ini, China telah mengarahkan pekerja untuk tidak keluar rumah dan ini sudah pastinya memberi kesan kepada proses pengeluaran Apple.
Bloomberg melaporkan bahawa produksi Apple iPhone 9/SE 2 berisiko untuk mengalami masalah memandangkan pelancaran telefon pintar ini akan berlangsung didalam masa dua atau tiga bulan sahaja lagi.
Selain itu, produksi model semasa seperti juga berpotensi mengalami gangguan memandangkan permintaan bagi siri iPhone 11 adalah tinggi berbanding ramalan.
Selain itu, Apple juga dilaporkan telah menutup satu Apple Store di China selama seminggu manakala waktu operasi di stor lain telah dihadkan.