Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Fold kini ditawarkan melalui pembayaran ansuran serendah RM 214 sahaja

Samsung Galaxy Fold kini ditawarkan melalui pembayaran ansuran serendah RM 214 sahaja 1

Samsung Galaxy Fold EPP
Telefon pintar futuristik Samsung Galaxy Fold adalah sesuatu yang sudah pastinya menjadi idaman ramai namun dengan harga penjualan RM 8,388, tidak banyak yang mampu mengeluarkan jumlah sebesar ini sekaligus.

Bagi menyelesaikan dilemma ini, Samsung telah mengumumkan pelan pembayaran ansuran yang membolehkan anda memiliki Samsung Galaxy Fold pada bayaran bulanan serendah RM 213.58 sahaja (bagi pelan ansuran 36 bulan) dan anda juga akan menikmati penjimatan sebanyak RM 699.

Samsung Galaxy Fold kini ditawarkan melalui pembayaran ansuran serendah RM 214 sahaja 2

Samsung menawarkan tiga tempoh pembayaran balik bagi Galaxy Fold ini iaitu 12 bulan,24 bulan atau 36 bulan dan anda juga akan menikmati pengecualian pembayaran bagi bulan pertama.

ULASAN : Samsung Galaxy Fold – inovasi yang mengubah sejarah industri telefon pintar

Cara untuk memiliki Galaxy Fold melalui pelan ansuran ini adalah dengan mengunjungi stor Samsung yang terpilih, pilih bank untuk pembayaran ansuran dan nikmati pengecualian bayaran bulan pertama.

Berikut adalah senarai stor Samsung yang menawarkan pembayaran ansuran bagi pembelian Samsung Galaxy Fold (dari 18 Januari sehingga 16 Februari 2020).

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.