Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

4,000 unit realme 5i dijual pada hari pertama penjualan offline

realme 5i malaysia
realme 5i yang dilancarkan di Malaysia minggu lalu telah menyaksikan penjualan pertama offline pada penghujung minggu lalu atau secara spesifiknya pada 18 Januari 2020.

Seperti penjualan telefon pintar realme yang lain, realme 5i juga telah mendapat sambutan yang sangat baik dimana sebanyak 4,000 unit realme 5i telah berjaya dijual.

Pencapaian ini membuktikan bahawa setiap produk realme yang dilancarkan di Malaysia sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.

Bagi anda yang berminat, realme 5i akan mula ditawarkan secara atas talian di Lazada mulai 28 Januari (12 tengah malam) ini pada harga penjualan RM 599.

realme 5i malaysia

realme 5i akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Aqua Blue dan Forest Green.

ULASAN : realme 5i – reka bentuk Sunrise Design yang baru dan harga lebih murah

4,000 unit realme 5i dijual pada hari pertama penjualan offline 1

Dalam pada itu, satu lagi produk yang dilancarkan bersama-sama realme 5i, iaitu realme Buds Air akan mula dijual tengah malam ini pada harga istimewa RM 199 (Harga biasa RM 299) dan ianya akan ditawarkan eksklusif di Shopee

ULASAN : realme Buds Air – Earbuds mampu milik Android yang patut anda miliki

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.