Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ROG Phone II Strix Edition kini di Malaysia pada harga RM 2,499 sahaja

Asus rog phone II strix edition
Asus Malaysia secara rasminya telah mengumumkan penawaran satu lagi versi telefon pintar gaming mereka iaitu Asus ROG Phone II Strix Edition.

Lebih menarik, ROG Phone II Strix Edition ini akan hadir dengan harga penjualan RM 2,499 sahaja namun masih mengekalkan hampir kesemua spesifikasi ROG Phone II edisi ultimate yang dilancarkan dengan harga dari RM 3,499.

Salah satu perbezaan antara ROG Phone II edisi Ultimate dan model terbaru ini adalah kapasiti RAM dan storan dalaman yang mana ROG Phone II Strix Edition ini hadir dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Berikut adalah ROG Phone II Strix Edition:

  • Pemproses Qualcomm Snapdragon 855 Plus
  • Grafik Adreno 640
  • Skrin 6.59-inci19.5:9 (2340×1080), 120Hz/1ms AMOLED, 10-bit HDR display dengan Corning Gorilla Glass 6
  • Bateri 6000mAh dengan Quick Charge 4.0 & ROG HyperCharge
  • Dua pembesar suara hadapan dengan DTS:X Ultra
  • Kamera utama 48MP, F1.79 Sony IMX586 + sensor ultrawide 13MP 125° darjah
  • Kamera selfie 24MP F2.0
  • 802.11a/b/g/n/ac (2×2 MIMO), Bluetooth V 5.0, NFC

Setiap pembelian ROG Phone II Strix Edition juga akan menerima bekas Aero Case dan penyejuk AeroActive Cooler bernilai RM 389 secara percuma.

Pembelian Asus ROG Phone II Strix edition kini boleh dibuat melalui wakil pengedar sah

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.