Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Airpods untuk Android – realme Buds Air dilengkapi dengan teknologi penyambungan Open-up Auto Connection.

realme Malaysia telah mengesahkan bahawa realme Buds Air akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 14 Januari ini iaitu bersama-sama realme 5i.

 

realme Buds Air adalah produk audio terbaru daripada syarikat yang terkenal dengan semangat ‘Dare to Leap’.

 

Antara ciri menarik yang dimiliki realme Buds Air adalah teknologi penyambungan automatik yang dikenali sebagai ‘Open-Up Auto Connection’.

 

Ketika kali pertama pengunaan, realme Buds Air hanya perlu di sambungan dengan menekan satu butang yang terletak dibahagian hadapan case.

 

Selepas berjaya di disambungkan kepada telefon pintar, anda hanya perlu membuka bekas realme Buds Air dan sambungan kepada telefon pintar akan berlaku secara automatik dan serta merta tanpa sebarang kelewatan.

 

Ini membolehkan anda menikmati muzik dengan lebih tenang tanpa perlu melakukan pelbagai operasi sambungan yang sudah pasti akan mengambil masa dan menyusahkan.

 

Selain itu, realme Buds Air juga dilengkapi dengan sensor optikal yang membolehkan muzik dimainkan sebaik sahaja earbuds anda berada didalam telinga dan muzik dihentikan sebaik sahaja ianya dicabut dan semua aktiviti ini berlaku secara automatik tanpa penglibatan pengguna.

Ciri Open-Up Auto Connection adalah satu ciri yang amat berguna dan pengguna akan dapat menikmati ciri ini pada realme Buds Air yang akan dilancarkan di Malaysia pada 14 Januari ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.