realme X50 5G kini rasmi dengan skrin 120Hz, Snapdragon 765G dan realme UI
Seperti dilaporkan sebelum ini, realme secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar 5G pertama mereka iaitu realme X50 5G.
realme kini nampaknya telah beralih kepada identiti baru dengan penggunaan panel skrin paparan punch hole (kebanyakkan telefon pintar realme hadir dengan skrin waterdrop) yang menempatkan kamera selfie 16MP + 8MP (sensor kanta lebar).
Panel IPS LCD berukuran 6.57-inci hadir dengan kadar sehar semula 120Hz seperti pada realme X2 Pro.
Pada bahagian dalaman, realme X50 5G ini hadir dengan pemproses Snapdragon 765G yang mempunyai model 5G terbina pada cipset dan terdapat tiga pilihan RAM iaitu 6GB, 8GB atau 12GB dengan dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu samada 128GB atau 256GB.
Pada bahagian kamera, realme mengekalkan pengunaan quad-kamera iaitu sensor utama 64MP f/1.8, sensor telefoto 12MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.
realme X50 5G juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,200mAh yang membawakan sokongan pengecasan pantas 30W VOOC 4.0 selain pengesan capjari pada sisi.
realme X50 5G juga menjadi telefon pintar pertama realme untuk hadir dengan realme UIdi atas ColorOS 7 yang berasaskan Android 10.
realme X50 5G akan ditawarkan dipasaran China mulai hari ini pada harga penjualan seperti berikut :
realme X50 5G 8/128GB – CNY 2,499 – RM 1,469
realme X50 5G 6/256GB – CNY 2,699 – RM 1,586
realme X50 5G 12/256GB – CNY 2,999 – RM 1,762
realme X50 5G master edition 12/256GB – CNY 3,099 – RM 1,821