Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Airpods untuk Android – realme Buds Air dilengkapi dengan teknologi Super Low-Latency

Airpods untuk Android – realme Buds Air dilengkapi dengan teknologi Super Low-Latency

realme, jenama telefon pintar yang sentiasa inovatif didalam menawarkan yang terbaik dan terkini kepada pengguna selaras dengan semangat ‘Dare to Leap’.

Selepas seperti sudah ‘menakluk’ pasaran telefon pintar, realme telah mengembangkan portfolio produk mereka dengan penawaran peranti audio dan powerbank.

Jika realme Buds Wireless yang dibangunkan dengan Alan Walker telah mendapat pujian yang dari pengguna, realme tidak berhenti setakat itu.

realme bakal membawa masuk realme Buds Air ke pasaran tempatan dengan harga penjualan yang amat kompetitif.

realme Buds Air menawarkan pengguna satu pengalaman audio tanpa wayar yang ‘sebenar’ tanpa sebarang kabel yang melilit.

realme Buds Air juga dilengkapi dengan cip R1 yang dibangunkan khas untuk membawa pengalaman audio tanpa wayar ke satu tahap yang baru.

realme Buds Air juga dilengkapi Bluetooth 5.0, yang menawarkan anda sambungan yang segera dan stabil antara realme Buds Air dan telefon pintar dan dalam masa yang sama menawarkan prestasi bateri yang lebih cekap.

Dengan transmisi dwi-saluran, realme Buds Air menyampaikan pengalaman muzik yang luar biasa dengan operasi earbuds secara berasingan.

Mod Gaming dan video telah diberikan optimasi khas yang mana pada mod khas Gaming, kadar latensi berjaya dikurangkan sebanyak 51% yang menjanjikan penyegerakan yang sempurna antara visual dan audio.

*51% pengurangan latensi ini diperoleh dari ujian di makmal realme. Kadar latensi realme Buds Air pada mod biasa adalah 243.8ms manakala pada mod gaming adalah 119.3ms sahaja.

realme Buds Air dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Adakah anda ingin realme menawarkan Buds Air dipasaran Malaysia dengan segera?.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.