Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei MateBook D15 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,499 sahaja

Huawei MateBook D15 Malaysia
Huawei Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa komputer riba Huawei MateBook D15 akan ditawarkan di pasaran mulai 18 Januari 2020 pada harga penjualan RM 2,599 sahaja.

Huawei MateBook D15 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,499 sahaja 7

Lebih menarik, Malaysia merupakan pasaran antarabangsa pertama untuk menerima Huawei MateBook D15 yang mendapat permintaan luar biasa di pasaran China.

Huawei MateBook D15 hadir dengan skrin paparan IPS FullView berukuran 15.6-inci dengan saiz bezel 5.3mm dan nisbah skrin kepada badan 87% .

Huawei MateBook D15 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,499 sahaja 8

Dengan berat hanya 1.53kg, Huawei MateBook D15 adalah peranti yang sangat ‘portable’ dan ianya juga memiliki teknologi pengecasan panta 65W(USB-C) yang membolehkan pengecasan dari 0 kepada 53% dilakukan didalam masa 30 minit sahaja.

Bercakap mengenai pemproses dalaman, Huawei MateBook D15 ini dilengkapi pemproses AMD Ryzen 5 3500U dan Radeon Vega 8 Graphic.

Huawei MateBook D15 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,499 sahaja 9

Selain itu, Huawei MateBook D15 juga dilengkapi , kamera web 1MP (tersembunyi) ,sensor capjari, 8GB RAM, 256GB storan SSD dan selain 1TB HDD.

Huawei MateBook D15 akan hadir didalam satu pilihan warna iaitu Mystic Silver dengan harga penjualan RM 2,499.

Info lanjut di Huawei

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.