Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro dikatakan akan dilancarkan pada MWC 2020 bulan hadapan

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro dikatakan akan dilancarkan pada MWC 2020 bulan hadapan 1

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro dikatakan akan dilancarkan pada MWC 2020 bulan hadapan 2
Xiaomi dilaporkan akan memperkenalkan dua varian telefon pintar flaghsip Mi 10 yang akan dilancarkan serentak.

Dua model tersebut adalah Mi 10 dan Mi 10 Pro yang dikatakan akan membuat penampilan global di Mobile World Congress pada bulan Februari 2020.

Walaupun masih berbaki sebulan lebih sebelum pelancaran rasmi, spesifikasi tidak rasmi telefon pintar ini telah diketahui dari satu sumber yang boleh dipercayai.

Xiaomi Mi Note 10 dikatakan akan hadir dengan saiz skrin sekitar 6.5-inci dengan kadar segar semula 90Hz manakala pemproses yang akan digunakan adalah Snapdragon 865.

Xiaomi Mi 10 dikatakan akan ditawarkan didalam pilihan 8GB atau 12GB RAM manakala Mi 10 Pro pula akan hadir dengan pilihan 12GB RAM sahaja.

Xiaomi Mi Note akan hadir dengan tetapan quad-kamera yang mana ianya adalah 108MP sensor utama, 20MP sensor ultrawide, 12MP sensor telefoto dan 5MP sensor depth.

Mi 10 juga dikatakan akan memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 40W, pengecasan tanpa wayar 30W dan pengecasan berbalik 10W.

Xiaomi Mi 10 Pro pula dikatakan akan hadir dengan tetapan quad-kamera yang lebih baik iaitu 108MP + 48MP + 12MP + 8MP dengan jenis sensor yang sama seperti Mi 10 dan juga dikatakan telah memperoleh mata DxOMark 125.

Xiaomi Mi 10 Pro akan turut memiliki bateri berkapasiti 4,500-4,800 mAh dengan pengecasan pantas 66W manakala pengecasan tanpa wayar adalah pada kadar 40W.

Sama-sama kita nantikan pelancaran Xiaomi Mi 10 dan Xiaomi Mi 10 Pro yang akan berlangsung bulan hadapan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.