Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan hadiah percuma dengan pembelian telefon pintar Oppo mulai hari ini



Oppo Malaysia telah mengumumkan satu promosi menarik yang eksklusif kepada peminat setia Oppo sempena perayaan Krismas dan tahun baru yang bakal tiba.

Promosi OPPO Holiday Season ini akan ditawarkan melalui saluran atas talian dan juga melalui platform offline mulai 19 Disember sehingga 1 Januari 2020.

Pelanggan yang membeli produk Oppo terpilih seperti  Reno2, Reno2F and Reno 10x Zoom (12GB RAM) akan menerima hadiah smart weight scale yang bernilai RM 199 manakala pelanggan yang membeli Oppo A9 2020 akan menerima jam Smart music bernilai RM 99 secara percuma.

Promosi ini boleh dinikmati dengan pembelian model telefon pintar Oppo yang tersenarai di atas samada di stor konsep Oppo, stor rasmi online Oppo atau di Lazada dan Shopee.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.