Vivo V17 kini telah dikesan di SIRIM
Walaupun baru melancarkan Vivo S1 Pro minggu lalu, vivo nampaknya sudah mengorak langkah untuk melancarkan satu lagi model telefon pintar vivo iaitu vivo V17.
Vivo V17 telah dilancarkan secara rasmi di India hari ini dan kita mungkin menerima model yang sama di Malaysia dan telefon pintar ini telah dikesan di pangkalan SIRIM.
Vivo V17 akan hadir dengan skrin paparan FHD+ E3 Super AMOLED berukuran 6.44-inci, pemproses Snapdragon 675AEI, 8GB RAM dan 128GB ROM dan bateri berkapasiti 4,500mAh.
Beralih kepada bahagian kamera, vivo V17 ini memiliki tetapan quad-kamera dibelakang iaitu sensor utama 48MP + sensor kanta lebar 120 darjah 8MP + sensor bokeh 2MP + sensor makro 2MP.
Selain itu, vivo V17 hadir dengan kamera selfie punch hole 32MP yang dilihat sebagai lubang punch hole yang paling kecik pernah ditawarkan pada telefon pintar.
Kedua-dua kamera pada Vivo V17 ini juga menyokong mod malam Super Night dan Super Night Selfie.
Vivo V17 juga hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin, FunTouch OS 9.2 dan sokongan dwi SIM.
Buat masa ini tarikh dan harga penjualan vivo V17 di Malaysia masih belum diketahui.