Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 9X – telefon pintar terbaik untuk gaming dan marathon drama

Honor 9X malaysia

Anda pasti sedia maklum bahawa Honor 9X telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia baru-baru ini dengan harga penjualan yang amat berpatutan iaitu RM 999 sahaja.

Skrin paparan FullView 6.59”

Sebagai telefon pintar pertama Honor untuk hadir dengan kamera selfie pop-up, Honor telah membekalkan Honor 9X dengan teknologi skrin paparan FullView berukuran 6.59-inci.

Honor 9X malaysia

Skrin paparan Honor 9X ini hadir dengan resolusi FHD+ (2340 x 1080) yang memiliki nisbah skrin kepada badan 91% sekaligus memberikan pengguna satu pengalaman skrin yang imersif tanpa sebarang gangguan seperti takukan atau bezel yang tebal.

Dengan skrin Honor FullView ini, Honor 9X menjadi peranti yang sempurna untuk gaming dan juga menonton drama kegemaran anda.

Apabila menyebut sahaja peranti gaming, satu aspek penting bagi pengguna adalah skrin paparan dan prestasi peranti yang maksimum.

Bagi memenuhi kehendak pengguna, Honor 9X disertakan dengan beberapa spesfikasi yang boleh dikelaskan sebagai yang terbaik pada tahap harga ini.

Bateri 4,000mAh

Honor 9X dilengkapi dengan bateri 4,000mAh yang merupakan kapasiti terbesar pernah ditawarkan pada telefon pintar siri Honor X ini. Honor 9X juga disertakan dengan slot USB-C yang membolehkan sokongan pengecasan pantas 10W.

Dengan bateri berkapasiti 4,000mAh, Honor 9X menjanjikan jangka hayat bateri yang sangat baik dimana anda boleh menikmati sehingga 8 jam permainan video, 13 jam tontonan video atau 120 jam pendengaran muzik.

Ruang simpanan dalaman yang luas

Walaupun hadir dengan harga penjualan dibawah RM 1,000, Honor 9X disertakan dengan kapasiti RAM dan storan dalaman yang luas iaitu 6GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.  

Jika 128GB tidak mencukupi, anda boleh menambah kapasiti memori setaraf komputer riba dengan menggunakan slot microSD yang menyokong tambahan 512GB memori.

Teknologi Tri-Kamera 48MP

Honor 9X juga dilengkapi dengan teknologi tri kamera 48MP yang mana dengan penawaran 4 sensor kamera yang meliputi hampir semua aspek fotografi seperti pada kamera DSLR.

Honor 9X hadir dengan sensor utama 48MP + sensor ultrawide 8MP dan sensor kedalaman 2MP yang membolehkan setiap gambar yang diambil mempunyai kualiti yang memuaskan.

Sensor kamera ini juga menyokong mod malam AIS Super Night, kualiti potret seperti penggambaran di studio, dan pengstabilan video gred pro.

GPU Turbo 3.0

Dengan skrin paparan yang besar pada rangka yang kompak, setiap aspek didalam sesuatu permainan video kini lebih luas dan dengan penggunaan cip Kirin berkuasa tinggi, anda tidak perlu ragu-ragu akan kebolehan telefon pintar ini.

Jika itu tidak mencukupi untuk memenuhi kehendak gaming anda, Honor juga telah menyertakan teknologi pemprosesan grafik GPU Turbo 3.0 yang dibangunkan khas oleh syarikat ini.

GPU Turbo 3.0 menawarkan penjimatan tenaga pemprosesan sebanyak 10% dan hadir bersama-sama kemaskini EMUI 9.1 yang berasaskan Android Pie.

GPU Turbo kini menyokong hampir 25 jenis game yang termasuk PUBG, Fortnite dan banyak lagi.

Selain Gaming, satu lagi aspek yang menjamin kepuasan adalah menggunakan Honor 9X sebagai peranti hiburan utama anda.

Skrin paparan Honor 9X yang berukuran 6.59-inci memberikan anda satu pengalaman tontonan cerita-cerita blokbuster mahupun drama siri kegemaran anda yang lebih memuaskan.

Skrin Honor 9X yang mendapat pensijilan TÜV Rheinland Eye Comfort

Skrin paparan Honor 9X ini telah mendapat pensijilan TÜV Rheinland yang memberikan pengesahan bahawa telefon pintar ini hadir dengan sistem penapisan cahaya biru yang dikatakan memberikan keletihan kepada mata apabila melihat skrin untuk tempoh yang lama.

Honor 9X Malaysia

Honor 9X kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 999 dan ianya ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu midnight black dan sapphire blue.

ULASAN : Honor 9X Malaysia – telefon pintar terbaik Honor didalam siri X

 

Anda boleh mendapatkan Honor 9X di Honor Experience Store atau secara atas talian di Hihonor, Lazada dan Shopee

Honor Malaysia juga turut menawarkan program ‘trade-in’ yang membolehkan anda menukar telefon pintar lama Honor anda kepada Honor 9X dengan penjimatan sehingga RM 350. Maklumat lanjut mengenai program ini boleh anda ketahui di sini

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.