Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Note 10 dan Note 10 Pro kini rasmi di Malaysia dengan teknologi penta kamera 108MP pada harga dari RM 2,099

Xiaomi Mi Note 10 dan Note 10 Pro kini rasmi di Malaysia dengan teknologi penta kamera 108MP pada harga dari RM 2,099 1

Xiaomi Mi Note 10 dan Note 10 Pro kini rasmi di Malaysia dengan teknologi penta kamera 108MP pada harga dari RM 2,099 2

Xiaomi Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan Xiaomi Mi Note 10 ke pasaran tempatan dan ianya menjadi telefon pintar  pertama didunia untuk hadir dengan teknologi kamera penta 108MP.

Xiaomi Mi Note 10 Malaysia

Xiaomi Mi Note 10 hadir dengan skrin paparan waterdrop Super AMOLED 6.47” (FHD+)yang melengkung dibahagian sisi dengan nisbah 19:5:9 .

Panel ini juga menempatkan sensor capjari yang 88% lebih nipis namun dengan ruang pengesanan yang lebih besar dan pantas.

Selain daripada itu, Xiaomi Mi Note 10 juga hadir dengan pemproses Snapdragon 730G, bateri berkapasiti 5,260mAh dengan pengecasan pantas PD 30W yang membolehkan ianya mencapai tahap 58% dalam masa 30 minit manakala pengecasan penuh mengambil masa 65 minit sahaja.

AA515EAD-15BC-495A-85A5-B869843E2544-1024x585.jpeg

Beralih kepada tumpuan utama pada Mi Note 10 , iaitu 5 sensor kamera dibelakang. Sensor utama telefon pintar ini adalah 108MP f/1.7 Samsung ISOCELL Brigh HMX yang dibangunkan bersama syarikat Korea Selatan dan terdapat pengunaan lensa 8P pada edisi Mi Note 10 Pro – telefon pintar pertama didunia untuk menggunakan lensa 8P.

Xiaomi Mi Note 10 dan Note 10 Pro kini rasmi di Malaysia dengan teknologi penta kamera 108MP pada harga dari RM 2,099 3

4 sensor lain pada Mi Note 10  ini adalah sensor telefoto 5MP yang menawarkan 5x zoom optik , sensor potret 12MP, sensor ultrawide 20MP dan sensor makro 2MP yang boleh mengambil gambar pad jarak 1.5cm sahaja (jarak makro paling dekat yang dicapai pada telefon pintar). Kamera selfie adalah 32MP.

Xiaomi Mi Note 10 dan Note 10 Pro kini rasmi di Malaysia dengan teknologi penta kamera 108MP pada harga dari RM 2,099 4

Dengan teknologi penta kamera 108MP ini,  Note 10  juga dijangka menerima mata DxOMark 121 mata yang meletakkanya di tempat kedua dibelakang Huawei Mate30 Pro.

76B26733-8F09-409A-98B6-F07268DBF695-1024x576.jpeg

Mi Note 10 turut hadir dengan MIUI 11 yang berasaskan Android 9.0 Pie dan terdapat tiga pilihan warna iaitu Aurora Green, Glacier White, dan Midnight Black.

Xiaomi Mi Note 10 dan Note 10 Pro kini rasmi di Malaysia dengan teknologi penta kamera 108MP pada harga dari RM 2,099 5Xiaomi Mi Note 10 dan Note 10 Pro kini rasmi di Malaysia dengan teknologi penta kamera 108MP pada harga dari RM 2,099 6

Xiaomi Mi Note 10 akan hadir didalam konfigurasi 6/128GB pada harga penjualan RM 2,099 manakala Mi Note 10 Pro pula akan hadir dengan harga penjualan RM 2,499 bagi konfigurasi 8/256GB.

Xiaomi Mi Note 10 dan Note 10 Pro kini rasmi di Malaysia dengan teknologi penta kamera 108MP pada harga dari RM 2,099 7

Mi Note 10 akan mula ditawarkan di Malaysia mulai 7 Disember ini dan setiap pembelian Mi Note 10 akan menerima RM 100 baucar pembelian di Mi Store yang terpilih manakala bagi pembelian Mi Note 10 Pro pula, anda akan turut menerima baucar RM 100 dan 12 bulan jaminan skrin percuma.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.