Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pendapatan Xiaomi bagi suku ke-3 2019 adalah sekitar RM 33 bilion


Xiaomi Corporation telah mengumumkan prestasi kewangan bagi suku ketiga 2019 (belum diaudit) yang memberikan berita positif bagi syarikat ini.

Pada suku ketiga 2019, Xiaomi telah berjaya mencapai pendapatan sebanyak RMB53.7 bilion iaitu peningkatan 5.5% berbanding suku ketiga tahun lalu. Ini memberikan Xiaomi keuntungan bersih RMB3.5 bilion iaitu 20.3% lebih tinggi berbanding suku sama tahun lalu.

Dengan keuntungan bersih bagi suku ke-3 2019, jumlah keuntungan bersih bagi tiga suku pertama adalah RMB9.2 bilion, yang mana ianya telah melebihi jumlah keuntungan bersih bagi sepanjang tahun 2018.

Berikut adalah sedikit intipati prestasi kewangan Xiaomi pada suku ketiga 2019.

  • Jumlah pendapatan adalah RMB53.7 bilion, naik 5.5% berbanding suku ketiga 2018
  • Keuntungan kasar adalah RMB8.2 bilion, naik 25.2% berbanding suku ketiga 2018.
  • Pendapatan bagi setiap saham adalah RMB0.106.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.