realme X2 Pro Paling ‘Hype’ dengan Kamera 64MP Setajam Mata Helang
realme X2 Pro telah disahkan akan hadir dengan cip pemproses terbaik 2019 iaitu Snapdragon 855 Plus selain teknologi pengecasan 50W SuperVOOC Flash Charge yang boleh mengecas penuh dalam masa 35 minit sahaja!
Walaupun dua ciri ini sudah cukup bagi membuktikan realme X2 Pro adalah telefon pintar kelas flagship, realme juga mahu kekal sebagai syarikat yang menawarkan pakej kamera yang terbaik pada telefon pintar.
Memperkenalkan 64MP Hawk Eye Quad Kamera dengan 20x Zoom Hibrid!
realme X2 Pro telah dibekalkan dengan teknologi ultra-clear quad kamera yang terdiri daripada sensor utama 64MP, sensor telefoto 13MP yang menawarkan zoom optik 5x sehingga 20x zoom hibrid, sensor ultra lebar 115° 8MP dan sensor potret 2MP.
Bercakap mengenai sensor utama 64MP yang digunapakai pada realme X2 Pro ini, ianya adalah sensor baharu Samsung ISOCELL GW1 1/1.72 yang memiliki aperture f/1.8 dan lensa 6P. Bagi mereka yang inginkan selfie sempurna, kamera hadapan 16MP f/2.0 aperture mempunyai fungsi AI beautify paling sesuai buat mereka.
Ciri Super Nightscape 2.0 pada realme X2 Pro menggabungkan AI dan sintesis berbilang bingkai bagi menghasilkan gambar yang kurang kabur, anti getaran tangan dan pengurangan silau.
Selain itu, ciri ini juga meningkatkan jarak dinamik untuk gambar pada mod nightcape yang cerah dengan perincian yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia.
Lensa utama 64MP yang disertakan pada realme X2 Pro membolehkan pengguna mengambil gambar dengan jelas, sama ada anda zoom atau tidak, kualitinya tetap sama.
Dengan kapasiti kualiti pada 64MP, ia dilengkapi dengan teknologi Tetracell dan 3D HDR, yang mampu mendapatkan gambar yang jelas pada sebarang keadaan cuaca. Kuasa pengimejan yang luas ini mampu mencetak gambar dengan 9280×6944 resolusi – bahasa mudah adalah poster 3.6-meter dengan kejelasan nyata!
Satu lagi ciri DSLR yang paling dinantikan pengguna telefon pintar adalah pengambilan gambar makro pada jarak dekat.
Lensa ini menyokong pengambilan gambar makro sedekat 2.5 cm dan hasil gambar yang diambil adalah begitu menakjubkan.
realme X2 Pro juga menyokong sehingga 20x zoom hibrid, 5x zoom optikal melalui lensa telefoto 13MP yang memiliki aperture f/2.5 dan sokongan PDAF.
Sistem penapis warna yang baru membolehkan lensa potret realme X2 Pro mengesan pelbagai cahaya yang lebih luas sekaligus membantu sensor utama untuk menangkap cahaya dengan lebih baik. Ini sekaligus meningkatkan kontras imej, mengambil imej gaya retro dengan cantik, dan menambah tekstur kepada gambar potret yang diambil.
Dengan pakej kamera yang lengkap, realme X2 Pro dilihat mampu memberikan cabaran sengit kepada telefon pintar premium dalam pasaran yang dijual pada harga yang jauh lebih tinggi berbanding telefon pintar ini.
Adakah realme X2 Pro datang dengan harga berbaloi pada specifikasinya yang luar biasa?
Nantikan pelancaran realme X2 Pro di Malaysia pada 2 Disember ini.
realme X2 Pro paling ‘Hype’ dengan cip pemproses terpantas, Snapdragon 855 Plus