Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X2 Pro Paling ‘Hype’ dengan teknologi pengecasan 50W SuperVOOC Flash Charge yang terbaik didunia

 

realme X2 Pro Malaysia

realme X2 Pro telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada 2 Disember ini sekaligus menunaikan permintaan ramai peminat realme yang mahu menyaksikan telefon pintar flagship ini ditawarkan dipasaran tempatan.

superVOOC
Jika dahulu, faktor penting didalam pembelian sesuatu telefon pintar adalah jumlah kapasiti bateri. Namun, trend ini telah berubah dengan kehadiran teknologi pengecasan pantas yang kini menjadi satu ciri yang penting bagi pengguna.

realme X2 Pro merupakan telefon pintar pertama realme untuk menawarkan pengecasan 50W SuperVOOC Flash Charge yang akan ditawarkan pada ‘price point’ yang tidak pasti kita bayangkan.

Dengan bateri berkapasiti 4,000mAh, realme X2 Pro juga hadir dengan teknologi AI Bateri Management yang melakukan mempelajari corak pengunaan kita bagi menjimatkan bateri.

Pengecasan 50W SuperVOOC Flash Charge yang ditawarkan pada realme X2 Pro membolehkan anda mengecas penuh bateri ini didalam masa 35 minit sahaja.

realme X2 Pro SuperVOOC

Teknologi 50W SuperVOOC Flash Charge ini juga hadir dengan sistem 5-teras pintar yang sentiasa mengawasi arus elektrik secara langsung ketika pengecasan sedang berlaku.

SuperVOOC 50W

Satu lagi kelebihan pengecasan 50W SuperVOOC Flash Charge ini adalah anda tidak perlu menunda sebarang sesi gaming anda kerana realme X2 Pro juga boleh dicaj sambil bergaming, anda boleh mencapai tahap 80% didalam masa 30 minit sahaja yang mana ianya bukan satu bukan dua, malah 4 kali ganda lebih pantas  berbanding pengecasan 18W 9V/2A.

Tidak setakat itu, realme X2 Pro juga turut hadir dengan sokongan teknologi pengecasan Power Delivery (PD) dan Quick Charge (QC) yang membolehkan anda tidak terbatas pada satu teknologi pengecasan pantas sahaja.

Dengan penawaran teknologi 50W SuperVOOC  Flash Charge pada realme X2 Pro, realme bakal membawakan teknologi pengecasan kelas flagship ke tahap harga yang lebih mampu milik kepada peminat realme di Malaysia.

realme X2 Pro paling ‘Hype’ dengan cip pemproses terpantas, Snapdragon 855 Plus

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.